SEROTONIN
Apa itu serotonin?
Apa fungsi utamanya?
Ia adalah bahan kimia yang tugas utamanya membawa mesej antara sel saraf otak. Bahan ini dicipta oleh proses biokimia dengan menggabungkan pelbagai bahan seperti asid amino triptofan, komponen protein, dan reaktor kimia iaitu hidroksilase tryptophan. Selain otak, serotonin juga terdapat di usus, di platelet darah, dan sistem saraf pusat (central nerve system).
Tryptophan sebagai ramuan dalam serotonin tidak dihasilkan di dalam badan; tetapi daripada makanan yang kita makan.
Tryptophan boleh didapati dalam makanan seperti kacang, keju dan daging merah.
Sekiranya badan kekurangan tryptophan, kadar serotonin dalam badan akan menurun. Akibatnya, anda boleh mengalami gangguan mood seperti kegelisahan atau kemurungan.
NOTA:
Tryptophan (merupakan salah satu jenis asid amino yang penting untuk keseimbangan nitrogen dalam badan orang dewasa dan kanak-kanak yang sedang membesar dan ia juga menghasilkan Niacin (Menguatkan daya ingatan) - membantu menghasilkan neurotransmitter serotonin).
Fungsi serotonin di dalam tubuh:
Di dalam tubuh, serotonin berperanan dan mempengaruhi pelbagai proses antaranya;
Sistem pencernaan:
Dalam sistem pencernaan, serotonin berfungsi mengatur fungsi dan pergerakan usus. Selain itu, zat yang satu ini juga berperanan untuk mengawal selera makan ketika anda makan.
Pembekuan darah:
Semasa proses pembekuan darah, platelet melepaskan serotonin untuk membantu menyembuhkan luka. Bahan ini kemudian membantu menyempitkan arteri kecil yang dapat melambatkan aliran darah dan pembekuan.
Fungsi seksual:
Serotonin bertindak meningkatkan libido ketika tahap dalam badan rendah. Sementara itu, kadar serotonin yang berlebihan sebenarnya mencetuskan penurunan keinginan seksual. Oleh itu, tahap serotonin yang seimbang sangat penting untuk mengawal keinginan seksual anda. Jika keinginan tersebut kurang, bermakna kadar serotonin tinggi anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang mampu menghasilkan serotonin tinggi! Bila anda sudah faham, pasti tau apa nak buat.
Rasa loya atau mual:
Pengeluaran serotonin akan meningkat apabila anda makan makanan yang berbahaya bagi tubuh. Jadi bahan ini berfungsi untuk mendorong dan membuang makanan berbahaya yang dimakan. Peningkatan bahan kimia dalam darah kemudian akan merangsang bahagian otak yang mengawal loya. Jadi jika selepas makan, anda berasa loya seperti nak muntah pasti anda dah tau puncanya. Bila berasa loya bila makan sesuatu makanan, bermakna dalam makanan tersebut terdapat bahan kimia atau bahan berbahaya yang berlebihan yang menyebabkan tubuh menolaknya secara semula jadi hingga anda termuntah!
Kitaran tidur:
Serotonin juga bertanggungjawab merangsang bahagian otak yang mengawal ketika anda tidur dan bangun. Proses ini berlaku bergantung pada kawasan mana yang dirangsang dan reseptor serotonin (penerima rangsangan) apa yang digunakan. Sebab itu selepas menjalani Mandian TerapiAIR, seseorang yang mengalami masalah insomnia mampu tidur dengan baik. Jika tidak boleh tidur juga,…rasanya beliau tu bukan dari kalangan manusia!
Mood:
Dalam proses ini, serotonin berfungsi mengatur mood. Serotonin di otak membantu mengawal perasaan gelisah dan juga gembira. Tahap serotonin yang rendah biasanya dikaitkan dengan kemurungan.Serotonin ditahap standard atau mencukupi berkait dengan rasa tenang dan nyaman.
Bagi mereka yang berhadapan dengan mood yang sering berubah-ubah, “moody”…atau yang berhadapan dengan tekanan tinggi (depress) akan merasa nyaman selepas menjalani TerapiAIR. Ini kerana terapi ini mampu mengurangkan dan menurunkan kadar stress yang dihadapi seseorang dengan lebih baik.
Kesihatan tulang:
Serotonin memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan dan kepadatan tulang. Penyelidikan mendapati bahawa tahap serotonin yang terlalu tinggi dapat meningkatkan risiko osteoporosis (tulang rapuh).Simple je, dalam islam pun semuanya perlu bersederhana dan kita boleh mengawalnya apabila kita faham keperluan dan ketidakperluan tubuh kita. Untuk melakukan perubahan, kita perlu faham keperluan tubuh kita sendiri.
Apa yang berlaku sekiranya badan kekurangan serotonin?
Secara amnya, tahap normal serotonin dalam darah adalah sekitar 101 hingga 283 nanogram per mililiter. Sekiranya tahap serotonin dalam badan anda kurang, maka anda akan mengalami pelbagai gejala seperti:
Suka makan makanan manis/ berkanji,
Tidak boleh tidur (insomnia),
Keyakinan rendah,
Kerap rasa gementar,
Mood sering berubah,
Berasa pening.
Bagaimana jika tahap serotonin terlalu tinggi?
Serotonin adalah salah satu bahan kimia badan yang tahapnya boleh berubah. Tahap serotonin boleh menjadi terlalu tinggi kerana pengambilan ubat-ubatan tertentu dan keadaan ini disebut sebagai sindrom serotonin.
Pelbagai gejala akan muncul jika seseorang mengalami sindrom serotonin;
Mengiggil,
Berani berlebih-lebihan,
Sakit kepala,
Pening,
Mata hitam membesar.
Pelbagai gejala agak teruk boleh berlaku termasuk:
Otot menjadi kaku,
Demam teruk,
Denyutan jantung meningkat dan tidak teratur,
Tekanan darah meningkat (darah tinggi),
Kekejangan.
Apapun gejala sindrom serotonin ada kalanya akan pulih dalam sehari jika seseorang mengambil ubat yg ditetapkan oleh doktor. Nampak macam tidak ada apa-apa bahayanya, namun keadaan tersebut boleh mengancam nyawa jika tidak ditangani dengan betul.
Saranan saya, melalui apa yang saya pelajari TerapiAIR berupaya “membantu”, “mengawal” dan “menyelesaikan masalah” seperti yang saya nyatakan di atas.
Mengapa?
Berdasarkan kajian dan dapatan TerapiAIR berupaya membantu menyelesaikan banyak perkara yang tidak dijangka. Ini kerana melalui TerapiAIR, seluruh tubuh mendapat rangsangan serentak luar dan dalam dan dalam pada waktu yang sama semua kelenjar utama akan diaktifkan selain daripada itu, radikal bebas yang berlebihan di dalam sel dan di dalam tubuh akan “dipaksa keluar” tanpa kompromi!
Berdasarkan kajian dijalankan terdapat lima (5) jenis radikal bebas yang tidak akan keluar dari tubuh jika tidak dipaksa dengan hidroterapi moden!
Antara radikal bebas yang saya maksudkan adalah;
Hydroxyl,
Pyroxyl,
Pyroxyl Nitrite,
Singlet Oxygen,
Superoxide Anion,
Radikal bebas inilah yang merosakkan sel dan DnA tubuh menjadi punca segala jenis penyakit.