MANDIAN TerapiAIR MEMBERI LIMA KEBAIKAN UTAMA:
 PANASAN DALAMAN
Kajian yang dijalankan oleh Universiti J.P Industry di Jepun mendapati melalui gelombang tenaga supersonik semulajadi mampu membantu dalam penyerapan haba hingga ke tulang sebanyak 13%, 3.3% ke otot dan hanya 0.0022% pada air.
65% komposisi tubuh kita adalah air, tenaga tersebut dapat menyerap dan menghangatkan tubuh dengan cepat. Kesan panas yang dihasilkan dapat dirasai hingga ke tulang sekitar 10 minit sewaktu mandian terapi menggunakan suhu 38°C. Panasnya dapat dirasai seluruh tubuh, sama seperti kita merebus telur di kolam air panas (hotspring) di mana kuning telur akan masak terlebih dahulu dan kemudian diikuti putih telur, sedangkan secara normalnya apabila kita merebus telur, bahagian putih telur akan masak terlebih dahulu kemudian diikuti kuning telur tersebut.
Mengapa terjadi begitu? Gelombang Ultrasound membantu merangsang bahagian dalam terlebih dahulu atau dikenali sebagai merawat dari dalam dan keluar (inside out).
Jika kita menjalani Mandian TerapiAIR, bahagian dalam tubuh kita dirangsang dan dirawat terlebih dahulu dengan bantuan gelombang Ultrasound semulajadi yang dihasilkan oleh mesin TerapiAIR. Mandian terapiAIR dapat membantu pengembangan pembuluh darah, meningkatkan keupayaan aliran darah, meningkatkan daya tahan terhadap penyakit (merangsang sistem imun) dan membantu menanggalkan serta mencairkan apa sahaja yang melekat pada dinding salur darah secara perlahan-lahan dan seterusnya akan menjadi lebih mudah diserap ke dalam darah sebelum proses detoksifikasi berlaku dengan selamat.
Ia juga mmbantu merangsang kelenjar peluh untuk aktif mengeluarkan peluh seterusnya membantu proses DETOKSIFIKASI dan memperbaiki aliran darah.

URUTAN MENYELURUH:
Tekanan yang dihasilkan oleh mesin mediCspa amat cemerlang hingga mencapai 46 liter tekanan sesaat yg akan menghasilkan berjuta-juta buih tenaga supersonik memberi kesan urutan dan merangsang seluruh tubuh sekurang-kurangnya kepada 320 titik akupunktur utama.
10 minit terapi menyamai kesan satu jam urutan fisioterapi profesional kerana buih-buih tenaga supersonik yang keluar dari liang-liang halus pada FiR mat menghasilkan sekitar 1127 kesan urutan AKUPUNKTUR AIR ke setiap tubuh yang akan meredakan otot dan saraf seluruh tubuh.

 MEMBERSIH MENYELURUH:
Buih-buih tenaga supersonik yang dihasilkan membersihkan 1.5 juta kapilari pada kulit dan menghasilkan kesan menyegarkan. Membolehkan tisu di kulit mampu "bernafas" dengan lebih baik.
Setiap hari tubuh juga menghasilkan kekotoran 0.05 meter persegi dan melalui Mandian TerapiAIR ia hanya mengambil sekitar 5 minit untuk proses pembersihannya.

KESAN SENAMAN:
Apabila kita bersenam, secara semulajadinya asid laktik terhasil di dalam otot. Panasan dalaman yang berlaku merangsang salur darah, mengurangkan keradangan atau kerosakan tisu dan seterusnya membenarkan oksigen dan nutirent diserap dalam membantu proses penyembuhan dan mengeluarkan ASID LAKTIK dari tubuh dengan lebih sempurna dan membantu meningkatkan keupayaan aliran darah.
Mesin mediCspa mampu menghasilkan 10,000 hingga 15,000 mikro-tenaga/saat (meninggalkan kesan urutan seberat 1.5kg/cm2) meninggalkan kesan menyamankan dan menyegarkan tubuh serta dapat membantu menghasilkan hormon dengan lebih banyak termasuk meningkatkan kemampuan seksual.

UJIAN KEUPAYAAN JUGA TELAH DIJALANKAN OLEH SEORANG DOKTOR KELAHIRAN THAILAND DI UNIVERSITI CINCINNATI, USA.
Dr. Pulket mendapati bahawa;
Peredaran haba adalah dikira pada 1158 k/cal (kilo kalori) dalam tempoh 10 minit terapi menjadikan 10 minit terapi menyamai 3-5km (berjogging perlahan), seolah-olah seperti bersenam sambil menikmati spa perubatan.
Mandian TerapiAIR diakui mampu meningkatkan dan tahap kesihatan dan menambah baik nilai kehidupan sesebuah keluarga. Ia juga dikenali sebagai "Busy Man Exercise Machine".
Dengan melakukan terapi yang lebih kerap akan membantu;

KECANTIKAN DAN PENSTABIL BERAT BADAN:
Rasai sendiri kehebatan tenaga supersonik menghasilkan kesan menyamankan pada tubuh yang merangsang sel-sel badan menjadikan kulit dan otot menjadi lebih mantap, lembut dan lebih sempurna. 300 hingga 400 kalori dibakar dalam tempoh 15 minit terapi menjadikan tubuh lebih sempurna (penstabil tubuh yang mudah dan berkesan).


KAJIAN MENYELURUH TELAH DIJALANKAN DI SEBASTIAN KNEIPP SCHULE HYDROTHERAPY INSTITUTE, BAD WORISHOFEN, GERMANY

"Di sini segalanya bermula".
Kajian menyeluruh telah dijalankan di sini dan diketuai oleh seorang Professor  hidroterapi terulung di dunia iaitu Mr.German Shleinkofer, MD.
Kajian klinikal dan medical telah dijalankan berterusan selama lebih 16 tahun bagi mendapatkan keputusan yang terbaik bagi memenuhi kehendak atau peraturan yang telah ditetapkan hingga mesin Mandian TerapiAIR boleh terus sampai kepada pengguna umum tanpa perlu melalui laluan bidang perubatan alopati moden di hospital.

KAJIAN DAN UJIAN MENYELURUH JUGA TELAH DIJALANKAN DI UNIVERSITI CINCINATI, AMERIKA SYARIKAT BAGI PIHAK MAHARAJA THAI KETIKA ITU
Ujian tersebut telah dijalankan selama sembilan (9) bulan oleh seorang Pembantu Professor - Dr.Pulket mendapati bahawa;
Peredaran haba adalah dikira pada 1158 k/cal (kilo kalori) dalam tempoh 10 minit terapi menjadikan 10 minit terapi menyamai 3-5km (berjogging perlahan), seolah-olah seperti bersenam sambil menikmati spa perubatan.
mediCspa diakui mampu meningkatkan tahap kesihatan dan menambah baik nilai kehidupan sesebuah keluarga. Ia juga dikenali sebagai "Busy Man Exercise Machine".
Mereka yang melakukan terapi dengan lebih kerap akan memperoleh kesihatan yang lebih baik. 
Selepas kajian tersebut berjaya dan memperoleh keputusan yang diperlukan, Mandian TerapiAIR telah dibawa masuk ke Thailand bagi kegunaan keluarga DiRaja Thai dan berkembang pesat hampir ke seluruh di Thailand lebih-lebih lagi apabila mendapat sokongan penuh daripada keluarga DiRaja dan anak perempuan beliau sendiri yang bernama Vinmanmek yang begitu meminati Mandian TerapiAIR dan hal-hal berkaitan kesihatan dan pejabat cawangan GrandSun International dibuka Rachadapisek, Bangkok Thailand. Mandian TerapiAIR digunakan di beberapa buah hospital di sana. Antaranya Pamongkut (Hospital Tentera), manakala Mahidol dan Siriraj adalah Hospital Universiti.

 KECANTIKAN DAN PENSTABIL BERAT BADAN:
Rasai sendiri kehebatan tenaga Ultrasound Semula jadi menghasilkan kesan menyamankan pada tubuh merangsang sel-sel badan menjadikan kulit dan otot menjadi lebih mantap, lembut dan sempurna. Dalam tempoh 15 minit terapi dianggarkam 300 hingga 500 kalori dibakar  menjadikan tubuh lebih sempurna (penstabil tubuh yang mudah dan berkesan).

APA AKAN BERLAKU JIKA ANDA MENJALANI Mandian TerapiAIR DENGAN AIR SEJUK? 
1) Menurunkan suhu badan dan suhu darah dalam badan,

2) Menurunkan suhu kulit dan berupaya mengurangkan kesan sakit akibat jangkitan, kecederaan dan sakit-sakit lain,

3) Mengecil atau menstabilkan salur darah dan mengurangkan kesan kesakitan tubuh,

4) Mengurangkan kadar kelajuan denyut nadi dan denyut jantung yg tidak normal.

5) Mengurangkan dan meredakan aktiviti saraf seluruh tubuh dan menghasilkan kesan nyaman dan selesa,

6) Merangsang atau meningkatkan metabolisme,

7) Merangsang dan mengurangkan kadar sakit pada usus besar.


APA KESAN YANG AKAN BERLAKU APABILA Mandian TerapiAIR DENGAN AIR PANAS? 
1) Meningkatkan suhu tubuh dan suhu darah keseluruhannya,

2) Meningkatkan suhu kulit dan menambah kadar keupayaan otak menerima oksigen dengan baik (anoxia) dan berupaya memperbaik dan mengekalkan keupayaan dan fungsi darah mengalir ke seluruh sel dan organ dengan lebih sempurna (ischemia),

3) Melegakan salur darah, meningkatkan keupayaan denyut jantung dan keupayaan jantung keseluruhannya,

4) Meningkatkan kadar oksigen yg diperlukan oleh jantung,

5) Mengurangkan kelesuan otot dan kesakitan dan radang sendi,

6) Merangsang metabolisme tisu-tisu tubuh.

​​​​​Info bacaan saya yang ditulis oleh seorang doktor pakar Immunology (Imun) di Jepun iaitu Toru Abo, MD ini cukup mengujakan dan boleh dikaitkan bagaimana Mandian TerapiAIR berupaya menjadi medium terapi terbaik. Ia suatu ilmu yang jarang dibincangkan oleh orang ramai.

ULASAN SAYA:
Beliau adalah pakar immunologist Jepun yang menonjol. Beliau terkenal dengan penemuan mengenai "Extrathymic Sel T". Beliau mendapati bahawa sistem saraf keseluruhannya bertanggungjawab terhadap keseimbangan leukosit (sel darah putih).

Pada tahun 1989 beliau mendapati bahawa sesetengah Sel T dibangunkan di dalam hati, usus dan kelenjar perkumuhan. Sel-sel T dibezakan dari sel-sel T konvensional dan dibangunkan di dalam kelenjar timus (kelenjar yg bertindak sebagai doktor peribadi setiap manusia) dan ia dinamakan "Extrathemic Sel T".

Pada tahun 1996, beliau mendapati leukosit yang memainkan peranan penting dalam sistem imun, dikawal oleh sistem saraf autonomi. Pertukaran sekata antara saraf simpatetik dan parasimpatetik dalam sistem saraf utama menyimpan baki leukosit. Apabila ia menjadi dominan, bilangan granulocytes dalam leukosit meningkat. Apabila pasasimpatetik diaktifkan, dibahagain lain bilangan limfosit meningkat.

Pada tahun 2000, beliau telah mendedahkan penemuan hasil kajian yang beliau jalankan mendapati bahawa ulser perut atau penyakit radang dicetuskan oleh "penguasaan ganas" sel-sel darah putih (granulocytes), bukannya dari rembesan asid gastrik yang melampau (hypersecretion).

Penemuannya menjelaskan bagaimana tekanan mampu memberi kesan kepada sistem imun. Sistem saraf utama tubuh menjadi terganggu dan rosak. Tekanan jangka panjang yang berlaku menghalang sel darah putih (sel pengantara sistem imun bertindak dengan baik untuk menentang mikrob).

Dr. Abo menjelaskan lagi, perkara paling penting yang anda boleh lakukan untuk sistem imun anda agar sentiasa "baik dan sihat" adalah dengan menjalani gaya hidup sihat, mengurangkan tekanan semaksimum mungkin agar ia dapat berfungsi pada kapasiti yang optimum untuk mencegah penyakit dan bertindak sebagai penawar atau ubat!

Hingga hari ini sains perubatan percaya bahawa kanser adalah disebabkan bahan asing (karsinogen) yang masuk ke dalam badan dan mempengaruhi gen kanser.

Jika kita memahami penguasaan sel-sel darah putih ke atas seluruh sistem saraf utama, kita akan membuat kesimpulan bahawa punca kanser sebenar (tanpa ragu) adalah sesuatu yang ada di dalam badan kita sendiri!

Dalam erti kata lain gaya hidup kita menyebabkan kanser. Jika kita memahami teori immunologi (teori sistem imun) yang dijalankan oleh kumpulan pakar, mereka mengkaji - penyebab atau punca kanser akan bertambah jelas.

Kanser dikatakan terhasil daripada tekanan yang melampau. Antara penyebab utama adalah disebabkan gaya hidup yang tidak stabil, termasuk ketidakstabilan mental, termasuk dari kebimbangan atau kesedihan.

Faktor yang terlibat adalah berbeza-beza mengikut keadaan.
Melalui Mandian TerapiAIR yang konsisten (antara 1 hingga 5 kali sehari atau tertakluk kepada tahap keseriusan kanser tersebut) mampu melemahkan sel-sel kanser dari terus bermaharajalela seterusnya menguasai sistem tubuh pesakit dan Mandian TerapiAIR sebagai gantian kemoterapi selamat.

Dalam pada waktu yang sama, keupayaan sel-sel darah meningkat ke tahap maksimum, dengan kedua-dua jenis sel darah merah dan sel darah putih bertambah sempurna dan mampu melaksanakan tugas dengan lebih baik. Sel-sel darah putih akan terhasil dengan lebih baik dan lebih berupaya untuk menentang mikrob (halangan atau sesuatu yang tidak kena pada tubuh) termasuk tubuh mampu menghasilkan hormon tumbesaran (HGH - Human Growth Hormone) dengan baik yang akan membantu merawat dan memulih tubuh secara semulajadi.

Ulasan beliau yang menarik perhatian saya adalah....SISTEM TUBUH KITA MAMPU MERAWAT APA SAHAJA DENGAN SYARAT IA MESTILAH SEMPURNA DAN BERADA DI TAHAP CEMERLANG.
Saya dedahkan RAHSIA BESAR Mandian TerapiAIR yang perlu anda fahami dengan baik. Ia adalah informasi amat berguna yang tersirat di sebalik kehebatan Mandian TerapiAIR yang jarang diketahui iaitu berkaitan Heat Shock Protein (HSP);

APA SEBENARNYA HEAT SHOCK PROTEIN?
HSP atau dikenali sebagai protein stress yang dikeluarkan oleh tubuh jika tubuh mengalami keadaan stress yang tinggi. HSP buat kali pertama ditemui pada tahun 1962 apabila kajian telah dijalankan ke atas seekor lalat yang mengalami keracunan hingga suhu tubuhnya meningkat panas. Kajian mendapati bahawa suhu tubuh lalat tersebut meningkat disebabkan oleh dinitrophenol (DNP). Berfungsi membantu proses pengoksidan metabolisme yang memaksa sel menghasilkan Adenosin triphosphate (ATP). ATP adalah tenaga semulajadi sel. Apabila ini berlaku, pelepasan tenaga (panas) dalam jumlah yang besar berlaku. DNP biasanya dikaitkan dengan PEMBAKARAN LEMAK TUBUH - memaksa tubuh menggunakan lemak sebagai sumber tenaga, sedangkan dalam keadaan normal (tanpa DNP), tubuh menggunakan karbohidrat sebagai sumber tenaga dan jarang sekali menggunakan lemak untuk dibakar. DNP boleh menjadikan seseorang kepanasan dan boleh mengakibatkan kematian jika berlaku pada tahap kepanasan melampau. Jika masuk ke dalam tubuh, DNP akan memaksa sel untuk mengeluarkan HSP bagi melawan stress yang berpunca darinya. HSP berkerja mempertahankan saiz dan fungsi sel protein yang boleh sahaja berubah dalam keadaan-keadaan tertentu kerana dirosakkan oleh pelbagai jenis tekanan/stress, termasuk juga akibat jangkitan, keradangan dan keracunan (seperti pengambilan zat besi cadmium), atau akibat pancaran sinar matahari yang berlebihan (sinar ultra-unggu). Keadaan lapar, kekurangan oksigen, dehidrasi (kekurangan air) dan bersukan juga membantu mengaktifkan HSP.

Untuk makluman sahabat-sahabat Mandian TerapiAIR semua, HSP juga digunakan walaupun tubuh tidak mengalami stress – seperti membantu kekebalan sel untuk melawan penyakit. Secara keseluruhannya HSP memantau dan mengawal seluruh sel protein tubuh. Jika ada sel-sel yang terancam oleh penyakit, HSP akan menghantar sistem imun kepada sel-sel yang bermasalah atau yang sedang diganggu gugat penyakit. Dalam keadaan ini, penghasilan atau gantian sel baru yang telah rosak (cell mutation) disebabkan penyakit akan berlaku dengan sempurna apabila proses sintesis protein meningkat di dalam sel-sel yang berkaitan dimana toksin dapat dikeluarkan dari sel secara semulajadi dan sel-sel tersebut lebih berupaya menyerap oksigen dengan lebih baik seterusnya akan meningkatkan sistem imun.

HSP juga berfungsi melindungi sistem kardiovaskular (jantung). Jika digabung dengan nitric oxide, atau melalui Mandian TerapiAIR (mandian secara konsisten) hampir sama seperti keupayaan HSP yang mampu membantu melonggar dan melebarkan saluran pembuluh darah hingga aliran darah menjadi normal. Ia bertindak mencegah dari berlaku penyumbatan pembuluh darah akibat pengumpulan atau pengerasan plak (atheroklerosis) yang boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke.

Selain itu HSP juga membantu mempertahankan fungsi sel otot jantung dan mencegah sel menjadi lemah disebabkan jantung kekurangan darah dan oksigen akibat sesuatu yang tidak diingini berlaku. HSP juga membantu fungsi sel otot, mencegah stress yang jika dibiarkan akan merosakkan sel otot. Ia juga terlibat dalam metabolisme insulin yang berguna sebagai anti katabolisme pada otot (Katabolisme – proses pemecahan unsur yang menghasilkan tenaga yang diguna untuk sebarang aktiviti fizik hingga ke tahap sel dan penggunaan seluruh tubuh.
Sewaktu kita bersukan, suhu tubuh akan meningkat dan seterusnya meningkatkan pengeluaran HSP.

Untuk pengetahuan anda, jantung memerlukan suhu lebih tinggi untuk melepaskan HSP.

Melalui Mandian TerapiAIR mampu membantu meningkatkan suhu tubuh ke tahap standard yang tidak mampu dilakukan melalui kaedah lain walaupun kita berjemur berjam-jam di bawah cahaya matahari yang panas! Namun begitu, masih ada keadaan di mana suhu tubuh tidak perlu ditingkatkan untuk melepaskan HSP iaitu sewaktu radikal bebas (bahan sisa buangan metabolisme oksigen) hendak dikeluarkan dari tubuh pun sudah cukup untuk melepaskan HSP. Sewaktu bersukan juga HSP dilepaskan ke tubuh yang amat berguna bagi melindungi sel dari oksidasi stress. Caranya dengan membantu menghasilkan glutathione (salah satu anti oksidan sel utama tubuh).

Tindakbalas HSP dengan nitric oxide selain membantu aliran darah menjadi lebih sempurna dalam saraf di dalam jaringan otot, ia juga membantu membersihkan saluran pernafasan (bronchial) yang secara automatik membantu meningkatkan jumlah oksigen ke dalam otot melalui paru-paru sekaligus memulih masalah asthma dan sebarang komplikasi paru-paru. Sebab itu sewaktu terapi mandian dijalankan, kita digalakkan untuk menarik nafas dalam-dalam dan buat berulangan agar oksigen yang masuk ke dalam paru-paru mampu ditukarkan menjadi tenaga semulajadi di dalam tubuh. Sebab itu juga kita akan merasa segar selepas terapi dijalankan dan lebih bertenaga.

HSP juga didapati terlibat dalam proses pertumbuhan otot, terutama seseorang yang melakukan latihan beban yang komprehensif.

Apa yang berlaku kepada mereka yang sakit kronik dikatakan memiliki HSP dalam jumlah yang banyak. Jika di dalam sel-sel mereka, HSP mempunyai kesan anti radang, manakala jika di luar sel ia akan menambah parah kesan keradangan tersebut kerana hubung kaitnya dengan faktor kekebalan tubuh. Ini bermakna HSP pada mereka yang sakit sebenarnya berupaya merosakkan bukan menyihatkan.

Kadar keupayaan penghasilan HSP juga berbeza-beza bergantung kepada jantina. Wanita mempunyai kadar estrogen lebih tinggi berbanding lelaki. Ia menyebabkan pelepasan HSP pada wanita tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan berbanding lelaki, kerana tanpa HSP pun, estrogen sudah mampu bertindak sebagai anti oksidan dan membantu pelepasan nitric oxide. Ia menyebabkan HSP yang secukupnya dikeluarkan dan (tidak berlebihan) bagi kaum wanita.

Estrogen juga membantu mencegah kerosakan dan peradangan membran otot. Kenaikan suhu tubuh wanita ketika bersukan tidaklah setinggi lelaki. Semua itu menyebabkan wanita tidak melepaskan HSP dengan jumlah sebanyak lelaki. Sebaliknya lelaki melepaskan HSP yang lebih tinggi dan dalam jumlah lebih banyak dibandingkan wanita, dan menjadikan lelaki memiliki kemampuan kardiovaskular lebih kuat dibandingkan wanita. Jadi seharusnya para fitnessmania lelaki merasa malu jika tak mampu menyelesaikan ujian “stress test” yang sistematik. Ini sekaligus mengingatkan kepada para ahli sukan yang menggunakan ubat penghalang estrogen. Ubat tersebut akan menghalang penghasilan HSP secara semulajadi sewaktu latihan beban dan kurang elok pada proses pemulihan tubuh seiring bersukan.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING