Mitokondria adalah suatu organ sel tunggal yang berfungsi sebagai (perumah sel) iaitu tempat berlakunya pernafasan pada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Di dalam sel terdapat unsur “penyusun atau perancang” yang ukurannya lebih kecil dikenali sebagai “organ”. Organ inilah yang melakukan pelbagai fungsi dan membolehkan sel-sel hidup dengan sempurna.
Fungsi utama mitokondria pada tubuh adalah menghasilkan tenaga untuk membantu sel tubuh agar terus hidup. Untuk menghasilkan tenaga tersebut, mitokondria memerlukan penyerapan oksigen secukupnya. Jika berlaku kekurangan atau tidak mendapat oksigen secukupnya, mitokondria tidak akan mampu bekerja dengan sempurna atau tidak mampu menghasilkan tenaga - mengakibatkan sel tubuh akan rosak atau mati. Diperaku melalui bukti ujian - Apabila seseorang menjalani Mandian TerapiAIR darah akan dirawat dan kualitinya akan meningkat kerana ia mampu menyerap oksigen, mineral, vitamin, nutrient atau vitamin dengan lebih sempurna malah lebih hebat lagi ialah toksin yang terbentuk atau masuk ke dalam sel-sel tersebut mampu dikeluarkan dengan bantuan Gelombang FiR dan Gelombang Ultrasound Semula jadi yang terhasil dari mesin Mandian TerapiAIR.
BEBERAPA FUNGSI PENTING MITOKONDRIA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA, ANTARANYA IALAH;
1. MENGHASILKAN TENAGA
Fungsi utama mitokondria adalah menghasilkan tenaga. Ia mengubah tenaga kimia yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi tenaga lain yang mudah digunakan oleh sel tubuh. Proses ini disebut fosforilasi oksidatif. Fosforilasi oksidatif akan menghasilkan adenosine trifosfat (ATP), iaitu satu molekul yang memberi tenaga dalam proses metabolisme.
2. MENGURUS SEL
Fungsi mitokondria yang lainnya adalah mengatur kematian sel. Salah satu proses penting dalam keberlangsungan hidup tubuh manusia adalah kematian sel atau apoptosis. Sel-sel tubuh yang sudah lama atau rosak harus dihancurkan dan dikeluarkan dari tubuh. Di situlah, fungsi mitokondria berperanan penting. Organel ini akan menentukan dan mengatur sel-sel tubuh yang perlu dimusnahkan.
Fungsi mitokondria mengatur kematian sel dengan menghasilkan sitokrom C. Zat ini akan mengaktifkan caspase (enzim yang bertanggung jawab memusnahkan sel dalam proses apoptosis). Proses apoptosis amat penting untuk menjaga keseimbangan jumlah sel-sel normal dalam tubuh hingga tubuh kita dapat berfungsi secara normal.
3. MENYIMPAN KALSIUM
Mitokondria bertindak menyimpan kalsium. Kalsium merupakan salah satu unsur penting dalam proses-proses selular di tubuh kita. Pelepasan kalsium ke dalam sel akan mencetuskan sel saraf atau sel endokrin untuk menghasilkan neurotransmiter. Kalsium juga berperanan penting dalam proses pembekuan darah, proses pembinaan, pembentukan sel tulang dan fungsi otot.
Kalsium amat penting kepada tubuh hingga sel-sel tubuh mengawal penggunaannya secara terkawal. Di sini mitokondria bertindak menyerap ion-ion kalsium dan menyimpannya dan melepaskannya apabila diperlukan dalam proses selular.
Sebab itu selepas seseorang menjalani terapi mandian mediCspa, tisu, otot, sendi atau tulang akan bertambah kuat dan seluruh tubuh menjadi lebih bertenaga. Dengan kata lain, terapi mandian mediCspa bertindak ketahap selular (cellbased treatment).
4. MENINGKATKAN SUHU TUBUH SECARA SEMULA JADI
Mitokondria juga menghasilkan panas pada tubuh manusia. Salah satu cara tubuh untuk menghasilkan panas ketika kesejukan adalah dengan menggunakan jaringan lemak. yang disebut lemak cokelat. Lemak coklat paling banyak terdapat dalam tubuh bayi kerana bayi masih terlalu sensitif kepada udara sejuk.
Kadar lemak tersebut akan berkurangan dalam tubuh seiring dengan meningkatnya usia. Sewaktu kita mengalamai kesejukan, mitokondria menghasilkan haba panas pada tubuh dari lemak yang ada.
5. MENGHASILKAN KANDUNGAN DARAH DAN HORMON
Fungsi mitokondria seterusnya adalah untuk membina bahagian darah dan hormon termasuk testosteron dan estrogen.
6. MEMBANTU DETOKSIFIKASI AMONIA DARI TUBUH
Fungsi mitokondria juga penting dalam melakukan detoksifikasi amonia. Ia boleh berlaku dengan adanya enzim yang terdapat pada mitokondria yang ada pada sel-sel hati dan enzim tersebut yang melakukan tugas detoksifikasi amonia dari tubuh.
7. MENGAWAL PERTUMBUHAN SEL
Mitokondria juga penting dalam pertumbuhan sel - Ia berfungsi mengawal pertumbuhan, perkembangan dan mengawalnya dari berlaku sebarang kerosakan dan perbezaan sel.