Apa sebenarnya Mandian TerapiAIR?
TerapiAIR merupakan satu kaedah terapi mandian di dalam tub yang diisi air sejuk, suam atau panas dan suhu yang digunakan tidak melebihi 43°C. Ia adalah TERAPI PELENGKAP seiring perubatan moden sesuai buat semua peringkat usia dan tahap kesihatan. 

Mandian TerapiAIR merupakan SPA sebenar iaitu Solus Por Aqua yang membawa maksud Kesihatan Melalui Air. Mandian TerapiAIR yang kami ketengahkan menggabungkan entiti hebat seperti Oksigen, Sinar Inframerah Jauh, Ozon dan Ion Negatif, Ultrasound, Garam Mineral MOYA, Essential Herba MOYA, air sejuk, suam atau panas dan doa.

Mandian TerapiAIR adalah jenama kami dan ia TIDAK MERUJUK kepada SPA Perubatan seperti yang dikelaskan dalam bidang estetika yang biasanya bergabung, diawasi atau dijalankan oleh doktor perubatan. Walaupun tidak semua prosedur dilakukan oleh doktor, namun biasanya ia di bawah pengawasan mereka yang berkepakaran dalam bidang dermatologi (pakar kulit) atau pakar bedah plastik.

Mandian TerapiAIR kami bukanlah seperti medspa dan medispa yang lebih berfokus kepada nilai aestetika. Mandian TerapiAIR adalah terapi universal bagi menangani pelbagai masalah insan sesuai buat semua peringkat usia dan tahap kesihatan.

Kombinasi KESEMPURNAAN Mandian TerapiAIR
 Air sejuk, suam atau panas,
 Oksigen (289X),
 Ozon dan Ion negatif,
 Sinar Inframerah jauh (FiR),
 Ultrasound semulajadi,
 Essential herba MOYA,
 Garam mineral MOYA,
 Doa atau syifa’ (jika perlu).

Mandian TerapiAIR tidak menyediakan pengisian perkhidmatan seperti yang diketengahkan SPA tradisional, SPA harian (dayspa), medspa atau medispa yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti urutan, rawatan wajah, kulit, body scrub dan sebagainya. 

Mandian TerapiAIR adalah jenis hibrid "Semua Dalam Satu" yang muncul dari perkembangan dunia spa, sains dan teknologi. Ia sebenarnya adalah kombinasi terbaik ilmu sains fizik dan alam semula jadi (nature) menjadi satu.

Mandian TerapiAIR tidak melibatkan sebarang penggunaan atau pengambilan ubat-ubatan, suntikan atau pembedahan yang tidak perlu (entravenous). Ia berkonsepkan terapi santaian dan hanya melibatkan mandian di dalam tub air sejuk, suam atau panas mengikut kesesuaian tahap usia dan kesihatan atau masalah yang dihadapi seseorang. Walaupun mudah, kebaikannya lebih sempurna dan menyeluruh dalam membantu meningkatkan sistem imun dan metabolisme seseorang dengan baik. Mandian TerapiAIR diperaku selamat dan tidak meninggalkan kesan sampingan atau lebih diketahui umum sebagai tidak invasif (non invasive).

Kajian menyeluruh mengenainya telah dijalankan selama lebih 17 tahun di institut hidroterapi terulung dunia - di Sebastian Kneipp Schule, Bad Worishofen, Germany di bawah kendalian seorang Professor Mr.German Schleinkofer MD.

Di Malaysia, ramai yang belum mengetahui atau mengenali apakah sebenarnya Mandian TerapiAIR. Menjadi tugas kami sebagai peminat, pengusaha dan pengamal Mandian TerapiAIR membawa dan mempopularkan aliran ini agar diketahui dan diminati ramai. Harapan kami agar ia menjadi pilihan dan trend masyarakat moden kini yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai banyak masa terluang. 
Mandian TerapiAIR amat sesuai untuk semua peringkat usia dan semua tahap kesihatan terutama kepada mereka yang tidak sempat untuk bersenam. Ia diperaku sebagai medium senaman pasif terbaik. Setiap sesi terapi hanya mengambil masa singkat sekitar 15 hingga 17 minit sahaja!

Sesiapa sahaja boleh memiliki dan mengendali peralatan Mandian TerapiAIR bersesuaian dengan konsep asalnya iaitu SPA Peribadi atau juga dikenali sebagai “HomeSPA” yang mudah urus dan mudah selia walaupun hanya melalui tunjuk ajar yang mudah.
Bagi mereka yang memiliki kelengkapan mesin sendiri, seolah-olah memiliki sebuah “Klinik Peribadi” di rumah. Kehebatan kesempurnaan Mandian TerapiAIR boleh dinikmati pada bila-bila masa mengikut kesesuaian masa masing-masing tanpa sebarang gangguan. Mereka tidak lagi perlu membayar keahlian SPA yang mengenakan ratusan, malah ribuan ringgit dan tidak perlu lagi membuat tempahan yang adakalanya terpaksa menunggu giliran membosankan bagi mendapatkan perkhidmatan.

Mandian TerapiAIR sebenarnya TIDAK merawat penyakit. Ia hanya medium terbaik membantu meningkatkan dan menguatkan sistem imun atau metabolisme secara semula jadi. Apabila sistem imun seseorang meningkat dengan cemerlang, secara tidak langsung masalah yang dihidapi akan pulih secara semula jadi dan itulah konsep hebat Mandian TerapiAIR sebenar yang kurang difahami oleh ramai orang. Ia juga sesuai sebagai medium fitness, mengekal atau meningkatkan tahap kesihatan individu agar kekal sihat!

Sekian terima kasih.
MOHAMAD LUFTI
+6013-234 7457
Pengasas dan Mentor Mandian TerapiAIR,
Regional General Sales Agent Malaysia.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING